Thursday, September 29, 2011

Kita Tak Ditakdirkan Bersama....

perempuan,
maafkan aku
kerana tak pantas menyambut
sehelai rindu yang luruh ke sisi...

perempuan,
maafkan aku
kerana tak pantas membaca
sebilah makna yang tersisip di ulas senyummu...


perempuan,
maafkan aku
kerana tak bisa membalas
sekuntum cinta yang mekar tanpa sengaja
kerana aku sebetulnya sudah dimiliki...

perempuan,
maafkan aku
kerana kau lebih berhak
untuk merasakan kebahagiaan
sedang aku tak mampu mengotakannya...


perempuan,
maafkan aku
kerana kita tak ditakdirkan bersama
untuk saling menganyam kemesraan
sedang kau masih setia mengait mimpi...
-adizack ms

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails