Showing posts with label BANJIR. Show all posts
Showing posts with label BANJIR. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

Banjir Kilat-Gelombang Pertama (samb)

Petang Jumaat tu aku memandu ke Jerteh kerana ada urusan. Sepanjang jalan pergi dan balik hujan turun dengan lebat. Aku tak nampak apa-apa melainkan lampu belakang kereta hadapan yang menjadi pedoman sepanjang perjalanan. Alhamdulillah aku dan famili selamat pergi dan balik.

Esok petang, hari Jumaat tu aku ke Banggol menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara. Jalan di selekoh dekat Banggol, jalan lama dulu sudah tidak boleh dilalui kerana ada air. Aku pusing balik ikut jalan luar. Malamnya, ada orang maklumkan bahawa Jalan Tikat-Penambang-Kg. Cina sudah ditutup kerana air naik atas jalan dan deras pulak tu. Macamana nak balik ni? Kepala aku naik pusing memikirkannya. Bimbang lagi kerana rumah aku pun naik air jugak. Mesti balik tengok ni apa-apa jadi pun.

Jam 11.15 malam aku bertekad untuk mengharungi laluan Jalan Penambang untuk pulang ke rumah. Masuk gear 2 dan tekan minyak dengan kuat, tapi stabil. Ini ujian untuk Proton Iswaraku. Tenang aku teruskan perjalanan perlahan-lahan. Air melimpah masuk dalam kereta kerana bertembung dengan lori dan kenderaan lain dari arah bertentangan. Aku yakinkan diri yang aku akan melepasi rintangan ini. Malam gelap membuatkan aku hanya mampu berpandukan kereta Cherry Easter di hadapan. Anak-anakku ketakutan...Ayah! Ayah! Jerit mereka sambil berpaut pada ibu mereka. Keadaan semakin cemas dan mendebarkan.... Air juga agak deras....Macam-macam yang bermain di kotak fikirku....Mintak jangan engin buat hal sudahlah.

Namun akhirnya kereta iswara aku berjaya juga melepasi satu-persatu gerai menjual jagung rebus sepanjang jalan itu. Penjual jagung sudah lama pulang. Saat-saat mendebarkan tu aku hanya mampu berdoa pada Allah swt, Ya Allah, janganlah kereta ni mati enginnya! Bila Poliklinik Penambang dan Atikah Batik dah kelihatan, aku menarik nafas lega....Alhamdulillah. Terasa bagaikan lebih satu-dua jam untuk melepasi kawasan tersebut sedangkan biasanya hanya 5-6 minit sahaja.

Alhamdulillah, inilah dugaan akibat kedegilan aku sendiri yang tidak mahu ikut jalan alternatif lain yang boleh dilalui iaitu Jalan Kubur Che Siti melalui Taman Sabariah terus ke Taman Uda Murni atau Jalan dari Cabang Tiga Kedai Buluh melalui Jambatan Tok Sadang terus ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. 2 hari aku jemur kereta ku kerana 'carpet' dia habis basah...baunya, amboi mak-jangan cakap le....

Banjir Kilat-Gelombang Pertama

Banjir gelombang pertama telah melanda pantai timur. Bermula pada hari Khamis 5 November, hujan turun dengan lebat dan tak henti-henti mengakibatkan air melimpah dan bergenang di sana sini. Kelihatan pandangan di bawah jambatan keretapi Tanah Merah. Jalan susur ini telah ditutup kerana dilimpahi air.

Ini pula pandangan keadaan Sungai Kelantan dari atas jambatan Tanah Merah-Machang. Air sungai bagaikan air teh pekat. Menarik, tapi menakutkan juga.

Kawasan sekeliling rumahku juga digenangi air takat satu tangga. Air hujan mencurah-curah dan melalui kawasan rumahku kerana ianya agak rendah berbanding dengan rumah jiran-jiran. Nasib lee....

Kawasan di kiri rumahku juga digenangi air takat roda basikal anakku...hehehe. Bahaya untuk kenderaan kecil....

Sebelah kanan rumahku, habisla pokok pisang aku tu...'carok air'.

Tengok gaya ni kereta kena alih ke tempat tinggi... Tengokla kejap lagi macamana keadaannya...

Air di depan rumah agak deras kerana mengalir dari jalanraya melalui kawasan rumah. Tak apalah, boleh cuci sampah depan rumah....hehehe

Inilah punca air yang mengalir masuk melalui pintu pagar rumahku. Macam sungai pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails