Wednesday, December 23, 2009

Projek 18K Part 1


Pada 22 Disember 2009 bermulalah projek 18K aku iaitu pembinaan pagar rumahku yang baru. Pagar dulu yang aku bina sendiri hanya bertahan sepuluh tahun je. Pada hari ini projek membersihkan runtuhan pagar lama dilakukan oleh para pekerja. Keesokkannya, proses pengukuran dan pembinaan tiang telah dibereskan separuh. Ini antara pics proses pembinaan tersebut.


Simen yang akan digunakan dalam projek pembinaan pagar diletakkan di bahagian tepi rumah.


Inilah keadaan pagar yang telah tumbang akibat hakisan air semasa musim banjir lalu.


Antara batu-bata yang akan digunakan nanti. Tukang kata guna batu-bata simen yang kecil ni lebih kukuh.


Tiap pagar akan mempunyai bunga kerawang empat segi. Agak mahal jugak, tiap satu berharga RM80.00


Bahagian depan rumah di mana pagar hadapan akan dibina ditepi longkang. Pintu pagar berkeluasan 16 kaki.


Proses membuat bin turus pintu pagar di hadapan rumah. Dianggarkan projek ni akan memakan masa sebulan kiranya. InsyaAllah.


-22.12.2009

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails