Wednesday, October 21, 2009

Kisah Apa Ni Ayah

Apa ni ayah? Apa ni ayah? Ayahhhh....apa nie? Soalan biasa bagi kanak-kanak kepada ayahnya bila terjumpa atau terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Sifat curious...kata orang puteh. Semua benda dia nak tahu. Semua benda dia nak pegang. Inilah yang terjadi padaku masa 'melawat' supermarket petang tadi, alkisahnya.


Sedang aku berjalan dengan anakku didukungan, tiba-tiba matanya tertumpu pada ketulan-ketulan pelbagai warna yang bergantungan di kabinet ini. Ada warna pink, hijau, kuning dan macam-macam lagi. Menarik dan mengundang pertanyaan dari anak mungil ini. Dia meronta melepaskan diri dari dukunganku dan melangkah ke arah objek-objek itu. Merapatinya dan memegangnya satu persatu.


Apa ni ayah?, terhambur pertanyaan dari lidahnya yang agak pelat. Ubat lipas, jawabku. Kemudian dia memegang yang lain pula. Apa ni ayah? Ubat lipas, jawabku. Dia bertanya lagi, apa ni ayah? Aku pun jawab lagi, ubat lipas, dik. Lalu dia sentuh yang lain pula. Apa ni ayah? Ubat lipas la dik, jawabku. Begitulah berulang-ulang sampai tak larat aku nak jawab. Nak dukung dia bawa ke tempat lain, dia tak mau berganjak. Haaa, penat nie. Teringat pulak iklan dalam TV dulu tentang seorang anak bertanyakan soalan kepada ayahnya. Apa tu ayah? Burungggg...kata ayahnya. He he he.....


Ni dia pegang yang warna putih pulak. Apa ni ayah?, tanyanya lagi. Aku jawab lagi, ubat lipas tu dik. Nak halau lipas dalam almari.

Aku rasa dia tak percaya apa yang aku kata. Aku rasa dia ingat benda-benda tu semua gula-gula, sebab ada macam-macam warna menarik. Agaknyalah.... macam-macam budak nie.


Nilah rupa ubat lipas atau ubat gegat yang membuat liur anakku pecah. Tentu dia ingat benda-benda ni boleh dimakan. He he he....


Masih tak puas lagi menyelongkar kabinet ubat gegat tu, kini beralih pula ke kabinet wangian dalam rumah pula. Bau tempat tu pun agak wangi. Tu yang 'ralik' sangat tu kot.

Tangan kiri memegang satu dan tangan kanan mencari yang lain pula. Alkisahnya, dia masih bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang. Apa ni ayah? Apa ni ayah? Apa ni ayah? Dan aku jawab dengan senyuman, ubat lipas tu dik..... ubat lipas tu dik, ubat lipas laaa...

2 comments:

Amirah Najihah said...

hehe..
comel la pulak..
ape ni ayah?
ubat lipas..ahaha..
cute2..

adizack ms said...

terima kasih atas ulasan anda sdri namirah najihah. selamat berjuang demi masa depan anda. kejarlah impian kerana waktu mencemburui kita. kenangan masa belajar di uitm dulu tetap tersemat utuh di perdu ingatan ini. (expjj2001-2005)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails