Saturday, October 31, 2009

Ziarah ke Pantai Bukit Keluang

Petang semalam aku & famili sempat singgah kawasan peranginan Bukit Keluang. Lama dah tak jengah tempat nie. Masih cantik lagi rupanya. Dulu masa kecil, nilah tempat aku bermain. Lagipun dekat je ngan rumah aku kat Pantai Air Tawar tu. Kadang-kadang aku ngan kawan-kawan menyusur kat tepi pantai je sambil makan angin.

Kelihatan dari jauh sebuah pulau, kalau tak silap Pulau Rhu namanya. Pernah masa kecil aku naik bot pergi picnic kat situ.

Ramai jugak pengunjung terutama kanak-kanak yang datang bersama keluarga kat situ. Tapi agak bahaya nak mandi kerana ombak kuat. Angin pun kuat sampai lemas nak bernafas...

Di pesisiran pantai ramai pengunjung yang memerhatikan anak-anak mereka bermain air. Satu keseronokan bagi anak-anak. Tapi orang tua perlulah memantau...manalah tau, malang tidak berbau kan...

Anak-anakku di pesisiran pantai, seronok tapi takut melihat ombak yang agak besar. Tak jadi mandi, tengok saje lee...

Kawasan bukit yang indah, ada lorong di gigi air menuju kawasan lohong gua dan jambatan yang disediakan di situ. Sesuai untuk beriadah.

Takut betul si mungil ni melihat air dan dentuman bunyi ombak yang bingit. Kesian anakku, tak biasa dengan suasana pantai. Sudahlah, keringkan armatamu. Kita dah nak balik dah nie...

Ombak menghamparkan seberkas rindunya ke pasiran pantai yang memutih. Dan bersit kasihnya terlekat di birai waktu, sentiasa basah dan mengesankan...hingga ke ujong hayat.

Landai pantai dan ombak yang berkejaran memberi kedamaian yang tak terucap dengan kata-kata. Inilah anugerah Allah pada insan yang mahu berfikir.

Kehijauan dedaunan yang menyelimuti Bukit Keluang adalah keindahan yang terbentang menyejukkan jiwa insan.

Wednesday, October 21, 2009

Kisah Apa Ni Ayah

Apa ni ayah? Apa ni ayah? Ayahhhh....apa nie? Soalan biasa bagi kanak-kanak kepada ayahnya bila terjumpa atau terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Sifat curious...kata orang puteh. Semua benda dia nak tahu. Semua benda dia nak pegang. Inilah yang terjadi padaku masa 'melawat' supermarket petang tadi, alkisahnya.


Sedang aku berjalan dengan anakku didukungan, tiba-tiba matanya tertumpu pada ketulan-ketulan pelbagai warna yang bergantungan di kabinet ini. Ada warna pink, hijau, kuning dan macam-macam lagi. Menarik dan mengundang pertanyaan dari anak mungil ini. Dia meronta melepaskan diri dari dukunganku dan melangkah ke arah objek-objek itu. Merapatinya dan memegangnya satu persatu.


Apa ni ayah?, terhambur pertanyaan dari lidahnya yang agak pelat. Ubat lipas, jawabku. Kemudian dia memegang yang lain pula. Apa ni ayah? Ubat lipas, jawabku. Dia bertanya lagi, apa ni ayah? Aku pun jawab lagi, ubat lipas, dik. Lalu dia sentuh yang lain pula. Apa ni ayah? Ubat lipas la dik, jawabku. Begitulah berulang-ulang sampai tak larat aku nak jawab. Nak dukung dia bawa ke tempat lain, dia tak mau berganjak. Haaa, penat nie. Teringat pulak iklan dalam TV dulu tentang seorang anak bertanyakan soalan kepada ayahnya. Apa tu ayah? Burungggg...kata ayahnya. He he he.....


Ni dia pegang yang warna putih pulak. Apa ni ayah?, tanyanya lagi. Aku jawab lagi, ubat lipas tu dik. Nak halau lipas dalam almari.

Aku rasa dia tak percaya apa yang aku kata. Aku rasa dia ingat benda-benda tu semua gula-gula, sebab ada macam-macam warna menarik. Agaknyalah.... macam-macam budak nie.


Nilah rupa ubat lipas atau ubat gegat yang membuat liur anakku pecah. Tentu dia ingat benda-benda ni boleh dimakan. He he he....


Masih tak puas lagi menyelongkar kabinet ubat gegat tu, kini beralih pula ke kabinet wangian dalam rumah pula. Bau tempat tu pun agak wangi. Tu yang 'ralik' sangat tu kot.

Tangan kiri memegang satu dan tangan kanan mencari yang lain pula. Alkisahnya, dia masih bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang. Apa ni ayah? Apa ni ayah? Apa ni ayah? Dan aku jawab dengan senyuman, ubat lipas tu dik..... ubat lipas tu dik, ubat lipas laaa...

Tuesday, October 20, 2009

Petarakna & Hantaran

Belanja kawin zaman sekarang dah melambung, cam harga minyak jugak. Naik dan terus naik. Baru-baru ni sempat pergi majlis kahwin saudara terdekat kat Bachok. Inilah hantaran pihak perempuan tersusun indah atas par, tujuh par semuanya.

Anak bongsu ni posing depan gadget pengantin, petarakna yang dihias indah oleh sang juruandam profesional. Belanjanya pun besar gak nie.

Inilah tempat pengantin bersemayam selama satu hari. Lepas tu semuanya akan tinggal sebagai sebuah kenangan abadi. InsyaAllah, semoga perkahwinan ini kekal selamanya dirahmati dunia akhirat.

Taman Permainan Kanak-Kanak

Hari ini kita dapati dimana-mana terdapat banyak tempat permainan kanak-kanak yang disediakan oleh pihak PBT. Salah satunya yang dipaparkan ialah taman permainan yang terletak di Jerteh, Terengganu, berhampiran dengan dengan bandar Jerteh dan hampir dengan Masjid Jerteh yang tersergam indah.

Sempat juga saya berhenti sekejap dan membiarkan anak bongsu melepaskan hajatnya untuk bermain-main di sini. Seronok betul dia.

Taman permainan ini agak lengkap dengan kemudahan yang bersesuaian dengan umur dan perkembangan lokomotor anak-anak. Disamping itu ia dilengkapi dengan lantai lembut yang berwarna-warni, amat menarik perhatian anak-anak dan tidak membahayakan jika terjatuh.

Satu yang menarik ialah alatan yang bagaikan sebuah keretapi ini.

Papan lungsur ini juga menarik dengan warna yang ceria dan selamat untuk anak-anak bermain.

Aksi anak bongsu menaiki tangga papan lungsur. Hati-hati, nanti jatuh! Dia tak mau dipimpin, nak naik sendiri.

Bila sampai di atas, takut pulak nak berjalan, apa lagi nak turun! Ha, duduklah situ. Baru panggil orang mintak tolong....

Kalaulah dapat beli satu set permainan ni dan letakkan di halaman rumah. Tak payahlah nak pergi ke taman permainan lagi. Sekarang ni petang-petang ramai budak-budak besar dan remaja yang sedang mabuk asmara pulak yang memenuhi taman-taman permainan. Pihak PBT dan yang berwajib kena pantau sikit sebab mereka ni yang mengundang vandalisme. Lagi pulak menganggu kanak-kanak nak bermain bebas.

Menarik sekali 2 objek ini yang boleh ditunggang oleh kanak-kanak. Satu bentuk gajah dan satu lagi kancil.

Ini saya tak tau apa. Tapi rasanya untuk tujuan panjat memanjat bagi kanak-kanak yang agak besar sikit, dalam umur 10 tahun ke atas.

Jongkang jongket tersedia tapi tak ada kanak-kanan bermain, maklumlah baru pukul 4.30 petang.

Satu lagi kemudahan yang disediakan di Taman Permainan Jerteh.

Buaian yang tersedia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan, tapi kenalah bermain ikut aturannya agar tidak berbahaya.

Antara pemandangan yang menceriakan di suatu sudut taman.

Satu sudut yang lain taman ini. Saya rasa pihak PBT patut selalu memantau kemudahan yang ada di taman-taman permainan biar sentiasa elok dan boleh digunakan serta untuk mengelakkan vandalisme. Saya cadangkan supaya lebih banyak kemudahan-kemudahan sebegini diadakan oleh setiap PBT untuk kegunaan rakyat jelata. Apa kata anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails