Bila tiba hari raya...semua insan bergembira....Haaa, raya sebenarnya lambat lagi, tapi semua kedai2 dah dihias dengan cantik bertemakan sambutan Hari Raya. Hampir keseluruhan yang mengadakan macam-macam 'Sales' untuk menarik pelanggan terutama masyarakat Melayu.
Lihat tu, dua orang adik ni gembira sangat semasa sesi memilih pakaian raya mereka. Syoknye raya bagi kanak-kanak.
Pelbagai pilihan kasut wanita berjenama untuk dipilih oleh golongan tua dan muda.
Tidak ketinggalan juga ada kedai yang menjual 'hadiah' dan permainan seperti beruang, kucing dan sebagainya. harganya...amboi, senak dada jugak. Ini kualiti punya loo...
Ni kasut-kasut yang Fahrin Ahmad promosikan, jenama Rorine. Pelbagai pilihan yang cantik dan kasual untuk lelaki kontemporary.
Ni pulak kasut-kasut yang berjenama 'biasa' yang dilambak di pasar malam atau di ekspo sempena bulan Ramadhan. Khas untuk golongan marhean macam aku. Yang mahal-mahal kat toko besar tu aku x leh pakai, gatal kaki leee...
Ni plak pakaian rasmi pagi Hari Raya masa nak ke masjid sembahyang raya. Ada macam2 bentuk dan warna kopiah nie. Harga kurang RM10 je. Bole la..
Pemandangan dalam sebuah pasar raya yang menawarkan pelbagai 'offer' yang menarik. Cuma banyak yang aku perhatikan ialah kebanyakannya stok lama yang x habis di pasar raya cawangan lain. Tak apa lah, asal harganya murah sudahlah.