Wednesday, November 25, 2009

A Tranquail Evening at Morib Beach










A tranquail evening at Morib Beach, a beach near Banting. There were many monkeys here looking for food from the visitors' leftovers.

On The Move






On the way to KLIA via Banting-Salak-Sepang Highway.

Saturday, November 21, 2009

Senja di Pesisiran Pantai (Sunset at the Beach)













Wonderful collection of sceneries during sunset at Keluang Hill Beach near Jerteh, Terengganu.

Photo Berbingkai (Pics in Frames)







Various frame techniques that can be used to enhance the apperances of pictures.

Si Puteh Yang Hilang (The Lost Cat)









Kids always like to befriend with pets such as cats. 'Si Puteh' only stayed with us for a fortnight before she got lost one day.

Tuesday, November 17, 2009

Manisnya Kejayaan (Sweet Success)

Kejayaan sememangnya amat manis bagi yang menggapainya, namun kegagalan amat pedih dan melukakan. Seharusnya kita bangkit dari kegagalan tersebut kerana langkah pertama menuju kejayaan bermula dari sebuah kegagalan. We have to struggle hard in order to achieve our goals. We might not be the best, but we can do the best to achieve success!

Selamat Datang ke SanggarHayat4u (Welcome)



Selamat Datang ke SanggarHayat4u. Di ruangan ini ku titipkan warna-warna kehidupan semoga dapat dikongsikan bersama. This blog is about the life we live in. Life are so colourful that can be interpreted in many ways. From the phographs taken, we can learn and share to make this world a better place to live in.

Saturday, November 7, 2009

Tautan Dua Hati


Majlis makan-makan selepas majlis perkahwinan selesai. Hujan sedang turun di luar, tapi dah agak reda sikit dah.

Antara rombongan pengantin yang sedang menjamu selera.


Antara pics yang sempat aku rakam pada majlis perkahwinan saudaraku. Kelihatan bakal pengantin sedang 'mengadap' Tok Imam.


Ikut saya baca lafaz taklik ya, kata Tok Imam. Alhamdulillah, semuanya sempurna. Semoga bahagia dan sentosa adanya.

Banjir Kilat-Gelombang Pertama (samb)

Petang Jumaat tu aku memandu ke Jerteh kerana ada urusan. Sepanjang jalan pergi dan balik hujan turun dengan lebat. Aku tak nampak apa-apa melainkan lampu belakang kereta hadapan yang menjadi pedoman sepanjang perjalanan. Alhamdulillah aku dan famili selamat pergi dan balik.

Esok petang, hari Jumaat tu aku ke Banggol menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara. Jalan di selekoh dekat Banggol, jalan lama dulu sudah tidak boleh dilalui kerana ada air. Aku pusing balik ikut jalan luar. Malamnya, ada orang maklumkan bahawa Jalan Tikat-Penambang-Kg. Cina sudah ditutup kerana air naik atas jalan dan deras pulak tu. Macamana nak balik ni? Kepala aku naik pusing memikirkannya. Bimbang lagi kerana rumah aku pun naik air jugak. Mesti balik tengok ni apa-apa jadi pun.

Jam 11.15 malam aku bertekad untuk mengharungi laluan Jalan Penambang untuk pulang ke rumah. Masuk gear 2 dan tekan minyak dengan kuat, tapi stabil. Ini ujian untuk Proton Iswaraku. Tenang aku teruskan perjalanan perlahan-lahan. Air melimpah masuk dalam kereta kerana bertembung dengan lori dan kenderaan lain dari arah bertentangan. Aku yakinkan diri yang aku akan melepasi rintangan ini. Malam gelap membuatkan aku hanya mampu berpandukan kereta Cherry Easter di hadapan. Anak-anakku ketakutan...Ayah! Ayah! Jerit mereka sambil berpaut pada ibu mereka. Keadaan semakin cemas dan mendebarkan.... Air juga agak deras....Macam-macam yang bermain di kotak fikirku....Mintak jangan engin buat hal sudahlah.

Namun akhirnya kereta iswara aku berjaya juga melepasi satu-persatu gerai menjual jagung rebus sepanjang jalan itu. Penjual jagung sudah lama pulang. Saat-saat mendebarkan tu aku hanya mampu berdoa pada Allah swt, Ya Allah, janganlah kereta ni mati enginnya! Bila Poliklinik Penambang dan Atikah Batik dah kelihatan, aku menarik nafas lega....Alhamdulillah. Terasa bagaikan lebih satu-dua jam untuk melepasi kawasan tersebut sedangkan biasanya hanya 5-6 minit sahaja.

Alhamdulillah, inilah dugaan akibat kedegilan aku sendiri yang tidak mahu ikut jalan alternatif lain yang boleh dilalui iaitu Jalan Kubur Che Siti melalui Taman Sabariah terus ke Taman Uda Murni atau Jalan dari Cabang Tiga Kedai Buluh melalui Jambatan Tok Sadang terus ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. 2 hari aku jemur kereta ku kerana 'carpet' dia habis basah...baunya, amboi mak-jangan cakap le....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails